Wednesday, June 24, 2009

KARPAL SINGH saman AZWIRA pun saman







KELIHATAN KARPAL SINGH YANG BUKAN MUSLIM JUGA MENYAMAN RAJA MUSLIM RAJA PERAK. KINI AZWIRA MEMALUKAN PEJUANG SUNNAH MENYAMAN ORANG YANG AKAN NAIK DIPERSADA ANTARABANGSA HANYA KERANA TINDAKAN AZWIRA YANG TOLOL

Tuesday, June 23, 2009

azwira&saiful DUA ORANG KETAGIH DUIT SAMAN






DALAM SEJARAH MALAYSIA DUA ORANG MANUSIA YANG KELIHATAN KETAGIH DUIT SAMAN. MEREKA SAMAN ORANG YANG KELIHATAN 'LAKU' DIMATA MASYARAKAT DAN PEMBACA. TAHUKAH ANDA SIAPA MEREKA BERDUA INI? SEORANG BERNAMA SAIFUL BUKHARI AZLAN DAN SEORANG LAGI AZWIRA ABD AZIZ. SORANG SAMAN RM 2 JUTA SORANG LAGI PULA MENURUTI SAMAN RM 1 JUTA PULA.




Ulasan:


Pernah terbaca dalam beberapa blog yang mendakwa fahaman mereka suka kepada 'liwat' Emmm..patutlah ada 'sama' eemm..fikir-fikirkan.


Saturday, June 20, 2009

MESTI TOKOK-TAMBAH DALAM IBADAH - Dr.Azwira


AZWIRA BIN ABDUL AZIZ MENYIFATKAN TOKOK-TAMBAH PELBAGAI DOA DALAM SOLAT FARDHU SEBAGAI AMALAN YANG DIGALAKKAN

Dr. Azwira berfatwa keharusan menokok tambah apa-apa sahaja doa yang tidak diwaridkan oleh Nabi Muhammad di dalam solat dan amat digalakkan amalan menokok-tambah doa itu dalam solat fardhu walaupun nabi Muhammad tidak berdoa sedemikian. Ini kerana Syeikh Ibnu Taimiyyah telah melakukannya. Maka oleh kerana Syeikh Ibnu Taimiyyah kerap menokok-tambah doa dalam solat yang tidak pun dibaca oleh Nabi Muhammad dan Para Salaf maka ia dibolehkan kerana Syeikh Ibnu Tamiyyah melakukannya maka ia harus dan digalakkan kepada kita umat Islam melakukannya. -
Dr. Azwira mencakap demikian dalam beberapa sessi ceramahnya berjudul Isu-isu Semasa bertarikh 14.02.2009.

Ulasan:
Kebodohan orang yang suka memalukan Pejuang Sunnah dengan saman-menyaman ini memang tidak patut disenyapi. Bukankah kita tidak harus menokok-tambah apa-apa perkara ibadah yang nabi Muhammad tidak buat??!! Dimana slogan perjuangan kita menolak segala bentuk BID'AH dan penokokan-tambah dalam ibadah??!! Jahil sungguh pencari income saman-menyaman ini.

DR. AZWIRA MENGKAFIRKAN AL-FADHIL DR. HARON DIN


AZWIRA MENGHUKUM AL-FADHIL DR. HARON DIN DAN DR. AMRAN KASIMIN SEBAGAI KAFIR SESAT KERANA MENGAJAR 'SELAWAT SYIFA'

Azwira telah menamakan dua tokoh iaitu Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin dalam penghukuman Azwira ke atas 'SALAWAT SYIFA' sebagai sesat, kufur dan sesiapa sahaja yang mempertahankan salawat tersebut secara ilmiah juga ditolak dan dihukum sesat dan kafir. Perkara tersebut boleh didapati dalam kertas kerjanya yang bertajuk:

MENILAI SALAWAT SYIFA'

Oleh: Dr.Azwira Abdul Aziz, Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Dalam artikel Azwira pada tajuk di atas jelas beliau menghukum seluruh umat Islam yang membaca salawat tersebut telah sesat dan pembawanya Dr. Haron Din adalah pembuat bid'ah sesat.

Ini jawapan Dr. Haron Din:
Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.
Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini


Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam.

Ulasan:
Masyarakat akan lebih terkesan dengan cara dua tokoh ini ( Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin) kerana tidak mahu bertindak MENYAMAN Azwira bin Abdul Aziz walaupun Azwira menghukum sesat, syirik dan sebagainya kepada keduanya. Jalan dan cara inilah sepatutnya dilakukan oleh Dr. Azwira tetapi sayangg....

Erti Salawat Syifa yang masih boleh dibincangkan telah ditutup terus oleh Azwira dan menghukum pelbagai terhadap masyarakat Islam yang mengamalkan Salawat tersebut.

Friday, June 19, 2009

AZWIRA SAMAN DEKAN UKM PULAK



DR. AZWIRA SAMAN DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM U.K.M

Kerana ekonomi yang meruncing dan ketagih duit Azwira terpaksa menyaman sesiapa sahaja yang kelihatan hebat di mata masyarakat bagi menampung duit poketnya yang semakin kering. Azwira tidak sedar bahawa perbuatannya ini sebenarnya 'memakan Pejuang Sunnah'.



PADA 2006M AZWIRA MENYAMAN PROF. ZAKARIA STAPA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM U.K.M SEBANYAK RM DUA RATUS LIMA PULUH RIBU SETELAH TIDAK BERJAYA MEMAKSA PIHAK U.K.M MEMBERINYA RM 241,713.00 PADA 2006 JUGA.
Azwira bertindak menyaman seorang tokoh Prof. Zakaria Stapa (Dekan UKM) atas dasar mendengar khabar angin menganggarkan Prof tersebut memberi nasihat umum kepada petugas UKM lalu Azwira terasa lantas menyaman Prof Zakaria.

Ulasan:
Hakikat saman-menyaman dalam kes Wahhabi ini tidak memberi kesan yang baik kecuali memberanikan lagi masyarakat umum menghentam fahaman Wahhabi.

DR. AZWIRA KETAGIH DUIT



Mybe mahu jelaskan hutang kad kredit, kereta kancil, rumah dan sebagainya dia terpaksa mencari income dengan lebih gigih walaupun sanggup memalukan pihak Pejuang Sunnah dan Ittiba' Sunnah lantas menyaman beberapa tokoh dan secara automatiknya tokoh-tokoh tersebut akan naik dipersada antarabangsa.
*SATU TINDAKAN BODOH MEMALUKAN PEJUANG SUNNAH*


AZWIRA KETAGIH DUIT U.K.M RM DUA RATUS RIBU
Azwira kerap kali menagih duit Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah kelihatan mendesak agar pihak UKM memberi kepadanya RM Dua Ratus Ribu lebih (RM 241,713.00). Tetapi pihak UKM tidak memberi duit tuntutan tersebut kepada Azwira kerana kelihatan ia tidak munasabah. Ketagihan Azwira duit UKM sebanyak itu berlaku pada tahun 2006M.



Persoalan,
mengapa Azwira memaksa pihak UKM sehingga begitu sekali. Bukankah ada cara lain untuk mendapatkan income jika ingin membayar hutang-piutang atau untuk tidur di hotel mewah kelas ke tujuh *******?!.

Yang pasti semua tindakan Azwira ini amat memalukan pihak Pejuang Sunnah.

Wahhabi Buat Bid'ah. SAMAN UMAT ISLAM






AZWIRA SAMAN ZAMIHAN

Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20090618234917/Article/index_html

Pensyarah saman penulis blog RM1 juta isu wahhabi


SHAH ALAM: Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman terhadap seorang pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bagi menuntut ganti rugi RM1 juta berhubung isu fahaman “Wahhabi” yang diterbitkan dalam sebuah blog yang didakwa memfitnahnya.

Dr Azwira Abdul Aziz, 41, pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, UKM, memfailkan saman itu melalui peguamnya, Adnan Seman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan plaintif menamakan Zamihan Mat Zin, penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, ILIM, yang juga pemilik blog al-ghari.blogspot.com sebagai defendan.

Azwira, yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000, ganti rugi pengajaran sebanyak RM500,000, faedah, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Dalam pernyataan tuntutannya, Azwira berkata, Adnan menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Kisah Lama dari UKM" di blog berkenaan pada 6 Mac tahun lalu, yang mengandungi kenyataan mengaitkan beliau dengan fahaman Wahhabi yang didakwa tidak benar dan berunsur fitnah.

Katanya, perkataan dalam artikel terbabit antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang bermetodologi Salafi Al Wahhabi dan amat taksub terhadap fahaman Wahhabi serta seorang yang membawa ajaran yang sesat.

Azwira berkata, penerbitan artikel itu menjatuhkan maruahnya di sisi umum khususnya kepada masyarakat beragama Islam.

Katanya, beliau sebelum ini, melalui surat peguam caranya bertarikh 11 Mei lalu, menuntut defendan membuat satu kenyataan memohon maaf secara bertulis dan ganti rugi sebanyak RM500,000, namun defendan gagal, cuai dan/atau enggan berbuat demikian. - Bernama

_______________________________________


Utusan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htmARKIB : 19/06/2009

Pensyarah UKM saman penulis blog RM1j

SHAH ALAM 18 Jun - Seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap pemilik laman blog al-ghari.blogspot.com kerana didakwa menulis artikel yang mengaitkan beliau dalam isu fahaman Wahhabi.

Dr. Azwira Abdul Aziz, 41, dari Jabatan Pengajian al-Quran dan As Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM selaku plaintif menamakan Zamihan Mat Zin, 32, sebagai defendan.

Zamihan merupakan Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Seman & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.40 pagi ini.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, satu artikel berjudul Kisah Lama Dari UKM yang disiarkan dalam laman blog tersebut pada 6 Mac 2008 adalah tidak benar dan berunsur fitnah terhadap beliau.

Dakwa plaintif, artikel itu disiarkan dengan niat jahat apabila defendan mengaitkan beliau dengan fahaman Wahhabi di UKM hingga menjejaskan reputasinya sebagai ahli akademik dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis serta pendakwah bebas.

Plaintif yang hadir bersama peguamnya, Adnan Seman @ Abdullah menjelaskan bahawa Wahhabi adalah satu istilah yang dicipta dan digunakan untuk memburukkan individu yang berbeza pandangan mengenai permasalahan keagamaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, perkataan-perkataan berunsur fitnah itu adalah merujuk kepada beliau dan ini boleh difahami oleh kebanyakan pembaca dan pelawat blog tersebut.

Justeru itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan pengajaran sebanyak RM500,000 setiap satu. Plaintif juga menuntut faedah sebanyak lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relif.