Saturday, June 20, 2009

DR. AZWIRA MENGKAFIRKAN AL-FADHIL DR. HARON DIN


AZWIRA MENGHUKUM AL-FADHIL DR. HARON DIN DAN DR. AMRAN KASIMIN SEBAGAI KAFIR SESAT KERANA MENGAJAR 'SELAWAT SYIFA'

Azwira telah menamakan dua tokoh iaitu Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin dalam penghukuman Azwira ke atas 'SALAWAT SYIFA' sebagai sesat, kufur dan sesiapa sahaja yang mempertahankan salawat tersebut secara ilmiah juga ditolak dan dihukum sesat dan kafir. Perkara tersebut boleh didapati dalam kertas kerjanya yang bertajuk:

MENILAI SALAWAT SYIFA'

Oleh: Dr.Azwira Abdul Aziz, Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Dalam artikel Azwira pada tajuk di atas jelas beliau menghukum seluruh umat Islam yang membaca salawat tersebut telah sesat dan pembawanya Dr. Haron Din adalah pembuat bid'ah sesat.

Ini jawapan Dr. Haron Din:
Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.
Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini


Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam.

Ulasan:
Masyarakat akan lebih terkesan dengan cara dua tokoh ini ( Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin) kerana tidak mahu bertindak MENYAMAN Azwira bin Abdul Aziz walaupun Azwira menghukum sesat, syirik dan sebagainya kepada keduanya. Jalan dan cara inilah sepatutnya dilakukan oleh Dr. Azwira tetapi sayangg....

Erti Salawat Syifa yang masih boleh dibincangkan telah ditutup terus oleh Azwira dan menghukum pelbagai terhadap masyarakat Islam yang mengamalkan Salawat tersebut.

No comments:

Post a Comment