Friday, June 19, 2009

Wahhabi Buat Bid'ah. SAMAN UMAT ISLAM






AZWIRA SAMAN ZAMIHAN

Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20090618234917/Article/index_html

Pensyarah saman penulis blog RM1 juta isu wahhabi


SHAH ALAM: Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman terhadap seorang pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bagi menuntut ganti rugi RM1 juta berhubung isu fahaman “Wahhabi” yang diterbitkan dalam sebuah blog yang didakwa memfitnahnya.

Dr Azwira Abdul Aziz, 41, pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, UKM, memfailkan saman itu melalui peguamnya, Adnan Seman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan plaintif menamakan Zamihan Mat Zin, penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, ILIM, yang juga pemilik blog al-ghari.blogspot.com sebagai defendan.

Azwira, yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000, ganti rugi pengajaran sebanyak RM500,000, faedah, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Dalam pernyataan tuntutannya, Azwira berkata, Adnan menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Kisah Lama dari UKM" di blog berkenaan pada 6 Mac tahun lalu, yang mengandungi kenyataan mengaitkan beliau dengan fahaman Wahhabi yang didakwa tidak benar dan berunsur fitnah.

Katanya, perkataan dalam artikel terbabit antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang bermetodologi Salafi Al Wahhabi dan amat taksub terhadap fahaman Wahhabi serta seorang yang membawa ajaran yang sesat.

Azwira berkata, penerbitan artikel itu menjatuhkan maruahnya di sisi umum khususnya kepada masyarakat beragama Islam.

Katanya, beliau sebelum ini, melalui surat peguam caranya bertarikh 11 Mei lalu, menuntut defendan membuat satu kenyataan memohon maaf secara bertulis dan ganti rugi sebanyak RM500,000, namun defendan gagal, cuai dan/atau enggan berbuat demikian. - Bernama

_______________________________________


Utusan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htmARKIB : 19/06/2009

Pensyarah UKM saman penulis blog RM1j

SHAH ALAM 18 Jun - Seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap pemilik laman blog al-ghari.blogspot.com kerana didakwa menulis artikel yang mengaitkan beliau dalam isu fahaman Wahhabi.

Dr. Azwira Abdul Aziz, 41, dari Jabatan Pengajian al-Quran dan As Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM selaku plaintif menamakan Zamihan Mat Zin, 32, sebagai defendan.

Zamihan merupakan Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Seman & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.40 pagi ini.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, satu artikel berjudul Kisah Lama Dari UKM yang disiarkan dalam laman blog tersebut pada 6 Mac 2008 adalah tidak benar dan berunsur fitnah terhadap beliau.

Dakwa plaintif, artikel itu disiarkan dengan niat jahat apabila defendan mengaitkan beliau dengan fahaman Wahhabi di UKM hingga menjejaskan reputasinya sebagai ahli akademik dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis serta pendakwah bebas.

Plaintif yang hadir bersama peguamnya, Adnan Seman @ Abdullah menjelaskan bahawa Wahhabi adalah satu istilah yang dicipta dan digunakan untuk memburukkan individu yang berbeza pandangan mengenai permasalahan keagamaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, perkataan-perkataan berunsur fitnah itu adalah merujuk kepada beliau dan ini boleh difahami oleh kebanyakan pembaca dan pelawat blog tersebut.

Justeru itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan pengajaran sebanyak RM500,000 setiap satu. Plaintif juga menuntut faedah sebanyak lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relif.

No comments:

Post a Comment